Sunday, August 15, 2010

Tanah berasid

tanah yang perlukan rawatan..

sebelum.



selepas.

pH tester...

pH tester yang aku baru beli dari romatechagro berharga RM45.



Adalah penting untuk setiap pengusaha tanaman memiliki alat penyukat media yang bertujuan untuk menyukat dan memastikan media tanaman yang digunakan berkeadaan sepertimana yang diperlukan oleh tanaman dan bagi memastikan akar tanaman berkemampuan untuk menyerap sepenuhnya nutrien yang diberikan.

Sekiranya pH media di dalam keadaan masam (berasid), maka akar tanaman tidak akan mampu untuk menyerap nutrien dan sekaligus akan menyebabkan tanaman tidak memperolehi nutrien. Inilah diantara salah satu sebab mengapa tanaman akan kelihatan kekuningan pada bahagian daun, terutamanya pada bahagian pucuk.

Media tanaman yang baik adalah di dalam julat pH 5.5-6.8. Apabila disukat dan didapati media tanaman (cocopeat/sekam) tidak berada di dalam julat tersebut (kebiasaannya di bawah pH5.0), maka kaedah yang terbaik untuk menaikkan (memperbaiki) pH media tanaman ialah dengan menggunakan kapur (kapur pertanian) yang ditaburkan di atas media tanaman tersebut.

Cara yang lebih baik ialah dengan menggantikan kapur kepada Zeolite yang bukan sahaja berfungsi memperbaiki pH media tanaman, malahan ianya dapat membekalkan nutrien tambahan kepada tanaman. Artikel dipetik dari blog romatechagro.

Info selanjutnya disini

Penyakit hawar pucuk

penyakit yang menghantui aku...




Semoga penyakit ini tidak berterusan..

Masa harvest musim pertama

Persediaan sebelum petik lada...



GUNTING DIRENDAM BERSAMA RACUN KULAT..
proses ini bertujuan supaya apabila kita hendak petik lada di pokok lain ia tidak dijangkiti kuman yang berada di pokok berpenyakit.



Aku petik lada hehehe....

Hasil..

Pokok cili yang telah mengeluarkan hasil







Wednesday, August 11, 2010

lada fasa 2.

Pokok lada aku umur 2bulan lebih...