Hari nie aku baru saje menerima ec meter yang dibeli di romatechagro. Harganya pun berpatutan (RM155 termasuk wang pos). Dari sini berakhirlah kiraan agak2 untuk bancuhan baja. Selama nie aku menggunakan kepekatan 1liter baja untuk 100liter air. Bila aku gunakan ec meter, bacaannya terlalu tinggi iaitu 2.51mS. Wah... nie dah kepekatan baja untuk pokok 5 bulan... masak. Patutlah pokok aku daunnya hijau semacam. Hijau tua tu... hehehe.
Dibawah ini disertakan gambar ec meter tersebut..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment