Tuesday, June 8, 2010

RACUN DAN HORMON.

Salam. dah lame juga saya tak update blog nie. Maklum la busy. OK....
Arinie aku nak post tentang racun dan hormon yang aku gunakan. Nie aku cari kat kdai racun di sekitar tempat aku tinggal.

Dibawah nie aku senaraikan racun dan hormon yang aku guna...
1. Mitec: untuk menghapuskan hamama.
2. Vita Demethoate: racun nie boleh membunuh 3 serangga sekali gus
(hamama merah, aphid dan kutu trip).
3. Racun kulat(Mancozeb): Untuk membunuh kulat.
4. Hormon jenama Aron: untuk menigkatkan kualiti buah dan pokok.

Masa projek fasa pertama, aku hanya guna racun mancozeb(kulat) dan racun Vita Dimethoat. Hasilnya amat memberangsangkan sekali dimana pokok aku selamat dari serangan aphid, kutu thrip dan hamama. Tapi selepas aku dapat pekerjaan, masa aku pun singkat. Balik lewat malam, banyak ot dan tak sempat untuk melihat perkembangan pokok lada aku.Sejak itu aku pun jarang meracun dan hasilnya, kesemua pokok aku diserang dengan macam2 penyakit. Dugaan...
Wlaupun diserang dengan pelbagai penyakit aku kuatkan semangat untuk terus berusaha sehingga berjaya... Insya Allah..




No comments:

Post a Comment