Sunday, August 15, 2010
pH tester...
Adalah penting untuk setiap pengusaha tanaman memiliki alat penyukat media yang bertujuan untuk menyukat dan memastikan media tanaman yang digunakan berkeadaan sepertimana yang diperlukan oleh tanaman dan bagi memastikan akar tanaman berkemampuan untuk menyerap sepenuhnya nutrien yang diberikan.
Sekiranya pH media di dalam keadaan masam (berasid), maka akar tanaman tidak akan mampu untuk menyerap nutrien dan sekaligus akan menyebabkan tanaman tidak memperolehi nutrien. Inilah diantara salah satu sebab mengapa tanaman akan kelihatan kekuningan pada bahagian daun, terutamanya pada bahagian pucuk.
Media tanaman yang baik adalah di dalam julat pH 5.5-6.8. Apabila disukat dan didapati media tanaman (cocopeat/sekam) tidak berada di dalam julat tersebut (kebiasaannya di bawah pH5.0), maka kaedah yang terbaik untuk menaikkan (memperbaiki) pH media tanaman ialah dengan menggunakan kapur (kapur pertanian) yang ditaburkan di atas media tanaman tersebut.
Cara yang lebih baik ialah dengan menggantikan kapur kepada Zeolite yang bukan sahaja berfungsi memperbaiki pH media tanaman, malahan ianya dapat membekalkan nutrien tambahan kepada tanaman. Artikel dipetik dari blog romatechagro.
Info selanjutnya disini
Masa harvest musim pertama
Wednesday, August 11, 2010
Thursday, June 10, 2010
Tanamanku diserang penyakit lagi..
Wednesday, June 9, 2010
EC Meter
Dibawah ini disertakan gambar ec meter tersebut..
Tuesday, June 8, 2010
Benih Cili Padi dan Cili Merah
Me and ntah apa ntah.. takda idea dah
RACUN DAN HORMON.
Arinie aku nak post tentang racun dan hormon yang aku gunakan. Nie aku cari kat kdai racun di sekitar tempat aku tinggal.
Dibawah nie aku senaraikan racun dan hormon yang aku guna...
1. Mitec: untuk menghapuskan hamama.
2. Vita Demethoate: racun nie boleh membunuh 3 serangga sekali gus
(hamama merah, aphid dan kutu trip).
3. Racun kulat(Mancozeb): Untuk membunuh kulat.
4. Hormon jenama Aron: untuk menigkatkan kualiti buah dan pokok.
Masa projek fasa pertama, aku hanya guna racun mancozeb(kulat) dan racun Vita Dimethoat. Hasilnya amat memberangsangkan sekali dimana pokok aku selamat dari serangan aphid, kutu thrip dan hamama. Tapi selepas aku dapat pekerjaan, masa aku pun singkat. Balik lewat malam, banyak ot dan tak sempat untuk melihat perkembangan pokok lada aku.Sejak itu aku pun jarang meracun dan hasilnya, kesemua pokok aku diserang dengan macam2 penyakit. Dugaan...
Wlaupun diserang dengan pelbagai penyakit aku kuatkan semangat untuk terus berusaha sehingga berjaya... Insya Allah..
Saturday, May 29, 2010
Saturday, May 8, 2010
Tuesday, April 27, 2010
tentang saya.
Pendapatan sampingan
arini nak post tentang bancuhan baja...
sekarang nie aku ada kira2 sendiri pasal baja untuk bancuh kat tong. tong yang aku pakai 200liter. tong nie untuk siraman ke pokok.
Ok, sekarang aku tunjuk kat bawah nie tentang sukatan baja untuk dibancuh kat tong 200liter tadi yang berisi air paip.
- umur 1-3bulan aku bg baja 500ml
- umur 4-6bulan 1liter baja
- umur 7-8bulan 1.5liter
- umur 8-keatas 2liter.
sesiapa rasa sukatan aku nie betul, tolong bg feedback k...
kalo salah, aku mintak tolong la kat korang untuk bg sukatan baja yang betul tanpa guna ec meter...
Wednesday, April 14, 2010
Thursday, March 11, 2010
Monday, March 1, 2010
Permulaan Cerita.....
.....Perk.... syok betul bile dah jadi. Rumah die dah jadi macam hutan lada.. Hehehehe.
-Nie picture masa aku ngan nenek aku wat rumah semaian.... 15.12.2009
-Pening gak kepala nak cari batang wat tiang rumah semaian nie.......
-Nie pulak gambar jaring yang digunakan masa nak wat atap rumah semaian..
-Pintu tu sebenarnye free je.... Nasib baik bapak aku keje kat kedai perabot... Die dapat dari tokey die... Fuhhh. Save poket....
-Ha.... Nie pokok lada kampung yang paling awal aku letak.. Yang tanam nie bapak aku sebenarnya. hehehe. Aku cuma masukkan kat tempatnye je..
-Nampak pendek je kan pokok nie...... masa nie umurnye dalam 1 bulan.
-Nie pulak keadaan tapak projek lada aku..
-Update gambar lada aku yang dah berumur 1bln setengah
-Sampai sini je lah arinie aku nak kongsi cerita masa lapang aku. K.. As,salam.